Man United Hanya Sementara Di Lima Teratas - Bola Sepak | mStar

Man United Hanya Sementara Di Lima Teratas

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 7:41 AM

Juan Mata selepas menjaringkan gol pertama buat Manchester United ketika menentang Watford dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United melonjak ke kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Watford 2-0 di Old Trafford.

Dua gol kemenangan Man United merupakan hasil jaringan Juan Mata pada minit ke-32 dan Anthony Martial (60').

Sebagai pasukan tuan rumah, Man United dilihat mendominasi permainan.

Peluang terbaik adalah menerusi aksi Paul Pogba pada minit-26 tetapi penjaga gol pasukan lawan Heurelho Gomes berjaya mempertahankan gawangnya.

Bagaimanapun, Mata membuka skor pada minit ke-32 selepas itu.

Memasuki babak kedua, Martial berjaya membolosi gawang Watford menerusi umpan pemain, Zlatan Ibrahimovic.

Bagaimanapun, Man United hanya pada kedudukan lima teratas liga buat sementara waktu.

Pasukan di bawah bimbingan Jose Mourinho itu kemudiannya kembali ke posisi keenam dengan 48 mata selepas Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur 2-0, selepas perlawanan Man United-Watford.

Chelsea terus mengungguli kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 59 mata, diikuti Tottenham yang turut berkongsi 50 mata.

Arsenal yang turut memperoleh 50 mata berada di posisi ketiga.

Liverpool dan Manchester City, masing-masing pada kedudukan keempat dan kelima dengan 49 mata.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan