Presiden FAM: KJ Jumpa Hamidin Esok

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan berjumpa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) esok berhubung pencalonannya bagi merebut jawatan presiden badan induk itu.

Namun Khairy menjelaskan beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya.

"Mungkin esok saya akan berjumpa Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) sebab dia kata kena isi borang. 

"Sama ada nak bertanding atau tidak, tunggulah nanti," katanya pada sidang media selepas Program FitMalaysia peringkat Sabah di sini, Ahad.

Tiga lagi nama yang dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik kelab Johor Darul Tazim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat. 

Setakat ini hanya Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah mengesahkan untuk bertanding jawatan itu pada Kongres FAM, 25 Mac ini.

Sebelum ini, Khairy pernah memberi kenyataan akan memberi laluan kepada Tunku Ismail sekiranya Tunku Mahkota Johor itu bertanding jawatan Presiden FAM tetapi sebelum menarik diri, beliau mahu melihat terlebih dahulu TMJ membuat pengesahan bertanding secara rasmi.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: KJ , Hamidin , FAM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan