Wenger Beri Bayangan Akhir Di Arsenal - Ian Wright

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain legenda Arsenal, Ian Wright mendedahkan pengurus Arsene Wenger sudah memberi bayangan khidmatnya bakal berakhir bersama kelab tersebut.

Kontrak Wenger bakal tamat penghujung musim ini, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang khabar mengenai status penyambungan.

Malah Wenger enggan berbincang lanjut mengenai masa depannya bersama The Gunners.

Menurut Wright yang bertemu Wenger minggu ini, pengurus  itu kelihatan letih.

Malah Wright juga terkejut apabila buat kali pertama pengendali kelahiran Perancis itu memberitahu kariernya di Arsenal berada di penghujung tahun selepas 21 tahun membimbing skuad ini.

"Semalam saya bersama bos (Wenger), secara jujurnya saya percaya apa yang diberitahu itu.

"Kami berborak dan hanya memberitahu dia bakal berakhir. Saya tidak pernah dia berkata sedemikian sebelum ini.

"Wenger berdepan dengan tekanan daripada sekumpulan penyokong setia Arsenal yang menyuruhnya meletak jawatan selepas tewas berturut-turut ketika bertemu Watford dan Chelsea sekaligus harapan merebut trofi juara musim ini semakin jauh.

Sebahagian penyokong Arsenal yang kecewa dengan Wenger.

Sehingga kini, Wenger gagal membawa kelab itu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris selepas 2004.

Wenger,67, merupakan pengurus paling lama yang mengendalikan kelab liga perdana setakat ini.

"Saya dedikasikan seluruh tenaga saya untuk Arsenal. Setiap minggu saya memberi jawapan, dan tidak ada yang berubah berbanding minggu lalu," ujar Wenger.
Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Ian Wright

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan