Arsenal Tewaskan Hull City Dengan Dua Gol Sanchez

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 10:21 PM

Sanchez sumbat dua gol pada aksi menentang Hull City.

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger pastinya sedikit lega selepas Arsenal berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hull City pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Selepas dua kekalahan berturut-turut pada aksi sebelum ini, The Gunners bangkit memburu mata penuh menerusi dia jaringan Alexis Sanchez pada minit ke-34 dan masa kecederaan (93') di Stadium Emirates.

Biarpun jaringan pertama timbuil sedikit kontroversi selepas bola dilihat terkena lengan Sanchez, ia tidak menjadi masalah besar buatnya untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi gol kedua Arsenal.

Wenger menggunakan percaturan baharu pada aksi malam ini apabila menurunkan Kieran Gibbs menggantikan Nacho Monreal bersama Mesut Ozil dan Sanchez dalam senarai barisan utama pemain.

Pada babak kedua menyaksikan pasukan pelawat cuba mencari ruang untuk menyamakan kedudukan, namun berjaya dihalang benteng  pertahanan Arsenal.

Bagaimana pun kerja keras yang ditunjukkan Sanchez menjadikannya sebagai 'Man of The Match' perlawanan ini.

Kemenangan ini membawa Arsenal mara ke posisi ketiga liga dengan mengumpul 50 mata dalam 25 perlawanan di belakang Tottenham Hotspur (50) dan Chelsea (59 mata).

Senarai pemain:

ARSENAL: Cech , Bellerin , Mustafi , Koscielny , Gibbs , Oxlade-Chamberlain , Coquelin , Walcott , Ozil , Iwobi , Sanchez . (Simpanan) Elneny, Perez , Welbeck 

HULL CITY: Jakupovic , Elabdellaoui , Ranocchia, Maguire , Robertson , Huddlestone , N'Diaye , Markovic , Grosicki , Clucas , Niasse . (simpanan) Evandro , Elmohamady , Diomande .

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Hull City

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan