Beri Masa Pemain Melaka United Cari Rentak

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 1:39 PM

Sergio Aguero.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Skuad Melaka United mengharapkan penyerang importnya, Sergio Aguero segera pulih daripada kecederaan untuk membantu pasukan itu menjadi antara pesaing dalam bola sepak Liga Super musim ini.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pemain import dari Argentina itu masih belum dapat kembali beraksi kerana masalah hamstringnya.

Beliau mengakui persembahan pasukan itu belum mencapai tahap yang diharapkan kerana pemain belum dapat menemui retak sebagai satu pasukan selain keadaan yang dialami Aguero.

"Keadaan ini mungkin menyebabkan sedikit kepincangan bagi jurulatih untuk mengatur strategi namun saya percaya perlawanan menentang T-Team malam esok bakal menjawab segala keraguan penyokong tentang prestasi pasukan sebelum ini.

"Saya percaya akan ada peningkatan kerana dua perlawanan sebelum ini pun kita mampu bersaing dengan baik sehingga ke minit terakhir," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan Melaka United di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam Jumaat.

Melaka United seri 1-1 dengan Selangor dan tewas 2-3 kepada Perak dalam dua perlawanan awal Liga Super, dan akan menentang T-Team di Stadium Hang Jebat, malam Sabtu.

Ketua jurulatih Melaka United, Eric Williams berkata semua anak buahnya telah bersedia dan menunjukkan peningkatan daripada pelbagai aspek termasuk persefahaman, fizikal dan mental bagi menghadapi T-Team.

Pada masa sama, beliau meminta penyokong pasukan itu agar bersabar dan menunjukkan semangat positif kepada pasukan berkenaan kerana persaingan dalam Liga Super semakin mencabar berbanding Liga Perdana sebelum ini.

"Saya percaya kami akan menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari semasa ke semasa tetapi ia mengambil sedikit masa. Harap penyokong bersabar dan teruskan menyokong," kata warga Australia itu yang fasih berbahasa Malaysia.

Sementara itu, Mohd Yusoff yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Melaka berkata kerja menaik taraf padang di Stadium Hang Jebat yang menelan kos RM500,000 telah selesai dilaksanakan dan bakal diuji dalam perlawanan menentang T-Team pada Sabtu.

Beliau berkata kerja naik taraf itu mengambil masa tiga bulan dan telah diperiksa Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia serta disahkan boleh digunakan secara rasmi.

"Pemain telah mencuba padang ini tadi dan mereka berpuas hati terhadap kerataan padang. Sebelum ini agak tidak rata dan sukar menjangka arah lantunan bola sehingga agak mengganggu permainan," katanya.

Menurut Mohd Yusoff, selain Melaka United, gelanggang itu turut digunakan pasukan Polis Diraja Malaysia dalam Liga Perdana sepanjang musim ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Melaka United , Sergio Aguero

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan