Presiden FAM: Siapa Lawan Annuar Musa?

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kekal dengan keputusan untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, 25 Mac ini.

Beliau berkata keputusann itu dibuat bukan berkaitan merebut kerusi nombor satu itu semata-semat sebaliknya ingin mempertahan integriti dan rekod kepimpinannya sebagai timbalan presiden FAM sebelum ini.

"Dalam bola sepak integriti saya tercabar dan dalam pertandingan ini saya mempunyai pendirian saya sendiri.

"Saya orang politik, harga diri saya ialah integriti dan khidmat saya, apabila harga diri saya itu dicabar maka saya perlu mempertahankannya," katanya kepada Bernama ,di sini malam Khamis.

Annuar menjadi orang pertama mengesahkan pencalonan untuk merebut jawatan presiden FAM bagi penggal 2017 hingga 2021, setelah menerima borang pengesahan daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Isnin lepas.

Selain Annuar, tiga nama lain yang dicalonkan ialah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat.

Senarai akhir calon akan dibentang kepada Exco FAM pada 20 Feb ini bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan bagi penggal 2017-2021.

Annuar ketika ini digantung daripada jawatan sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

Dalam pada itu, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut menyiasatnya, segera menyiapkan siasatan.

"Saya berharap penyiasatan itu segera diselesaikan dan mendapat apa sahaja perkhabaran (keputusan) daripada pihak SPRM. Semua pihak perlu bertenang dan perlu memberi kerjasama sebaik mungkin atas apa-apa yang diminta oleh SPRM," katanya.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , FAM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan