Presiden FAM: KJ Tunggu TMJ

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin masih berteka-teki mengenai pendiriannya sama ada mahu bertanding kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau sebaliknya.

Beliau berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas menunggu pengesahan secara rasmi berhubung pendirian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Saya harap beliau boleh sahkan penyertaan dalam pemilihan secara rasmi. Saya masih lagi menunggu.

"Saya nak lihat borang tersebut diisi macam Tan Sri Annuar (Musa) buat. Itu satu cara  pengesahan (bertanding) yang diambil kira, lepas itu baru saya komen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Musim Sejuk Sapporo, Jepun di lobi Menara KBS di sini, Rabu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding sekiranya hanya Annuar yang menghantar borang pengesahan, Khairy berkata beliau perlu meneliti dahulu perkara itu.

"Saya kena tengok dulu," katanya.

Mengenai sekatan Kabinet yang tidak mahu anggotanya bertanding, Khairy berkata soal tersebut belum lagi timbul kerana beliau masih belum memberikan sebarang kata putus.

"Itu keputusan kabinet, saya pun anggota Kabinet juga. Kalau ia undang-undang lainlah cerita, kita tak boleh melanggar undang-undang.

"Tapi kalau itu hanya sekadar keputusan Kabinet sahaja, ia boleh diubah dengan keputusan Kabinet yang baharu. Jadi perkara itu belum timbul lagi sebab saya belum sahkan saya bertanding ataupun tidak," katanya.

Buat masa ini, hanya Annuar yang mengesahkan untuk merebut kerusi panas badan induk bola sepak negara itu apabila menghantar borang untuk menerima pencalonan tersebut pada Isnin lalu.

Annuar menyerahkan borang tersebut hanya beberapa jam selepas Tunku Ismail mendapat kebenaran Sultan Johor untuk merebut kerusi panas FAM itu.

Senarai akhir calon akan dibentangkan kepada Exco FAM pada 20 Februari bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan untuk penggal 2017-2021 yang akan diadakan pada 25 Mac depan.


Tags / Kata Kunci: KJ , TMJ , FAM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan