Griezman Akan Kekal Di Sepanyol - Presiden Atletico - Bola Sepak | mStar

Griezman Akan Kekal Di Sepanyol - Presiden Atletico

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Atletico Madrid, Enrique Cerezo menegaskan Antoine Griezmann tidak akan meninggalkan kelab itu dan beraksi di Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Manchester United dan Arsenal antara kelab yang dilapor sedang bersaing untuk mendapatkan penyerang Perancis itu dan Old Trafford dikatakan destinasi terbaru pemain berkenaan selepas ini.

"Setiap kali jumpa Antoine saya akan peluknya. Antoine seorang pemain yang hebat dan dia gembira bersama kami.

"Saya tidak tahu apa tujuan Manchester United sebenarnya. Tetapi Griezmann akan berada di  Atletico untuk jangka masa yang panjang," katanya kepada radio Sepanyol.

Finalis Ballon d'Or berusia 25 tahun itu dapat meninggalkan Atletico jika menebus kontraknya yang bernilai £86 juta untuk menyertai United.

Dia dilapor akan mengisi keksongan jersi nombor 7 yang bergandingan dengan Paul Pogba iaitu rakan sepasukan di Perancis.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan