TMJ Beri Bayangan Untuk Terima Bertanding Jawatan Presiden FAM

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan untuk menerima pencalonan bertanding jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu status bergambar di laman Facebook rasmi 'Johor Southern Tigers' hari ini mendedahkan bahawa bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez bakal diangkat menjadi jurulatih baharu pasukan kebangsaan.

"TMJ bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada JDT dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka," memetik status berkenaan yang dimuat naik pada kira-kira 4.10 petang tadi.

Ia jelas menunjukkan perancangan rapi TMJ seandainya berjaya menduduki 'kerusi panas' FAM itu.

Semalam, TMJ juga sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk menerajui FAM serta bertitah kepada anakanda baginda supaya mengubah air muka bola sepak negara.

Mario Gomez yang merupakan bekas ketua jurulatih JDT telah membawa banyak kejayaan sepanjang mengendali pasukan berkenaan antaranya melakar sejarah menjuarai Piala AFC pada tahun 2015.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menjadi orang pertama mengesahkan pencalonan untuk bertanding jawatan presiden FAM bagi penggal 2017 hingga 2021, setelah menerima borang pengesahan daripada setiausaha agung semalam.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang dihubungi Bernama hari ini berkata pengesahan pencalonan bagi tiga lagi calon presiden FAM iaitu Tunku Ismail, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Aseh Che Mat masih dalam proses.

"Saya harap semua pihak bersabar dan tunggu sehingga 13 Feb ini," katanya ringkas.

Pada 26 Jan lalu, Khairy mengumumkan akan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden FAM jika Tunku Ismail bersetuju bertanding.

Sebagai menghargai tindakan ahli gabungan yang mencalonkannya, Khairy, bagaimanapun berkata beliau akan meletakkan Tunku Ismail sebagai pilihan utama dan sedia menarik diri jika TMJ bersetuju memegang tampuk pentadbiran FAM.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan