JDT Terkandas, Gamba Osaka Terlalu Kuat

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 8:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa menelan kepahitan terkandas di pusingan 'play off' Liga Juara-Juara Asia di tangan kelab Jepun, Gamba Osaka, Selasa.

Beraksi di Stadium Suita City Football, Osaka, Jepun, jelas memberi kelebihan buat pasukan tuan rumah yang sejak awal menguasai perlawanan. 

Gamba Osaka membuka tirai jaringan menerusi Ademilson Braga Bispo Junior pada minit ke-26 dan berselang tiga minit selepas itu, penyerang Shun Nagasawa menambah derita JDT untuk menyumbat gol kedua pada minit ke-29.

JDT yang mendapat sokongan hampir 100 peminat setia 'Boys of Straits' yang hadir di stadium berkenaan cuba untuk bangkit di babak kedua namun Gamba Osaka ternyata berada pada kelas yang tersendiri. 

Pemain pertahanan Genta Miura melengkapkan hari cemerlang Gamba Osaka apabila tenang menjaringkan gol ketiga pada minit ke-69 untuk menamatkan cabaran JDT yang terpaksa akur dengan kehebatan lawannya.

Dengan kekalahan itu bermakna JDT akan meneruskan cabaran pada saingan Piala AFC bersama dengan satu lagi wakil negara, Felda United.

Bagi saingan Piala AFC, JDT diundi berada dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Myanmar, Magwe FC; kelab Filipina, Global FC/Loyola Meralco Sparks FC dan pemenang 'play off' di antara kelab dari Laos dan Kemboja.

Felda United pula diundi berada dalam Kumpulan G bersama-sama kelab Vietnam, Hanoi T&T SHB Da Nang; kelab Filipina, Ceres Negros FC dan kelab Singapura, Tampines Rovers FC/Geylang International FC. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JDT , Gamba Osaka

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan