Beraksi Seperti Di Pentas Akhir - Ferreira

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 1:26 PM

Kredit gambar: Facebook JOHOR Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Brian Ferreira menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan pasukannya untuk mencipta kejutan pada perlawanan playoff Liga Juara-Juara AFC 2017 menentang kelab Jepun, Gamba Osaka pada petang Selasa.

Menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, pemain berusia 22 tahun itu berkata, dia dan rakan sepasukannya mahu memastikan JDT bukan lawan yang mudah buat Gamba Osaka.

"Malah kami akan beraksi seumpama di pentas akhir.

"Jurulatih juga telah memberi tunjuk ajar dan tigak lupa juga kepada amanat Tunku Mahkota Johor (Tunku Sultan Ismail) iaitu 'enjoy the game'," kata pemain itu yang sudah menjaringkan dua gol buat Harimau Selatan.

Senada dengan Ferreira, pemain sayap muda JDT, Safawai Rasid menyatakan kesediaannya bersama rakan sepasukan untuk mengharungi perlawanan getir tersebut.

Tambahnya, dia dan rakan pasukan memberi tentangan yang sengit kepada pihak lawan memandangkan aksi tersebut merupakan perlawanan penting buat dirinya dan pasukan.

"Kami akan bermain berhabis-habisan untuk mencipta sejarah.

"Terima kasih kepada seluruh penyokong Harimau Selatan yang tidak henti-henti menyokong kami," katanya.

JDT dijadualkan menentang Gamba Osaka pukul 6 petang waktu Malaysia dan perlawanan itu boleh ditonton menerusi saluran Astro FOX Sports Channel 812 / 832 HD seawal jam 5:30 petang bermula dengan siaran pra-rancangan.

Tags / Kata Kunci: JDT , Gamba Osaka

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan