Atletico Madrid Mahu Menang Luar Biasa Di Barcelona

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 7:32 AM

Diego Simeone. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ATLETICO Madrid perlu memperoleh kemenangan luar biasa ke atas Barcelona di Nou Camp buat pertama kali dalam tempoh sedekad dalam perlawanan pada Selasa sekiranya mahu mara ke pusingan akhir Copa Del Rey.

Pengurus pasukan, Diego Simeone berkata, hanya satu cara yang boleh menjadikan hasrat itu direalisasikan iaitu para pemainnya perlu menampilkan aksi yang berintensiti tinggi.

Katanya, ia bagi memperoleh 2-1 untuk memperbaiki kekalahan dalam separuh akhir pusingan pertama dan menyingkirkan Barcelona.

Atletico menyasarkan kemunculan pertama mereka bagi piala itu sejak musim 2012-2013.

"Mara ke pusingan akhir merupakan satu-satunya keputusan yang memuaskan hati saya," ujar Simone.

"Kita perlu bermain dengan intensiti tinggi yang sama kita tampil dalam beberapa waktu tertentu musim ini," tambahnya.

Atletico tercicir pada minggu lepas selepas dua gol Luis Suarez dan Lionel Messi mendahului Barcelona dengan 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama.

Atletico yang tidak pernah menang di Barcelona sejak 2006, memerlukan dua gol untuk mara. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Diego Simeone , Atletico Madrid

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan