Presiden FAM: "Setakat Ini Hanya Saya Yang Hantar Borang" - Annuar Musa

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 1:10 PM

Annuar (kanan) ketika menyerahkan borang bertanding jawatan Presiden FAM kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KAJANG: Tan Sri Annuar Musa mendakwa belum menerima sebarang tentangan bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setakat ini.

Menurut bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu, ketika menghantar borang pencalonan kepada FAM pada Isnin, beliau dimaklumkan tiada individu lain yang menyatakan hasrat secara rasmi untuk merebut jawatan berkenaan.

"Saya tanya kepada FAM, dah ada ke orang yang bertanding, dan dia kata belum ada lagi. Jadi, bila bimbang tak ada orang jadi presiden FAM, saya tandantangan borang dan hantar.

"Saya telah terima pencalonan dan telah hantar borang. Saya tak nak komen hal orang lain nanti orang marah saya," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor mendapat 'lampu hijau' untuk menggalas tugas sebagai Presiden FAM, sekali gus menepati ramalan bahawa beliau merupakan calon terbaik mengisi kekosongan kerusi panas badan induk bola sepak negara.

Perkara tersebut disahkan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers yang melaporkan kunjungan delegasi ahli gabungan FAM menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sementara itu, Annuar berkata, semua pihak mempunyai hak untuk bertanding dan FAM juga mempunyai peraturan dan berikutan itu beliau menolak untuk mengulas mengenai pencalonan lain.

"Saya tiada apa-apa jawatan dalam bola sepak dan saya juga hanya penyokong bola sepak. Bila menerima pencalonan saya menghantar borang untuk bertanding.

"Masa masih panjang sebelum pemilihan dibuat dan sehingga itu saya tak nak komen tentang orang lain.

"Kalau ada apa pun biarlah saya umumkan selepas ini. Kita tengok dulu. Saya tidak bekerja dengan "kalau" (ada pihak lain akan bertanding) kerana ia tidak membawa apa-apa," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: FAM , Annuar Musa

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan