TMJ Diberi 'Lampu Hijau' Terajui FAM

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor mendapat 'lampu hijau' untuk menggalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekali gus menepati ramalan bahawa beliau merupakan calon terbaik mengisi kekosongan kerusi panas badan induk bola sepak negara.

Perkara tersebut disahkan menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers yang melaporkan kunjungan delegasi ahli gabungan FAM menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, tujuan delegasi tersebut adalah untuk memohon perkenan Sultan Johor tentang cadangan melantik Tunku Ismail menerajui kongres badan induk bola sepak negara pada bulan Mac ini sekali gus mengubah senario bola sepak negara.

Ketika ditanya Sultan Ibrahim kepada Tunku Ismail tentang cadangan itu, Tunku Mahkota Johor menjawab;

"Patik hanya menjunjung titah Tuanku."

Kemudian Sultan Ibrahim bertitah kepada Tunku Ismail;

"Ubahlah air muka bola sepak tanah air."

Kenyataan yang disiarkan oleh laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada 6 Februari 2017.

Beberapa gambar turut dimuatnaik dalam laman Facebook tersebut yang menunjukkan Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi ahli gabungan FAM.

Kerusi Presiden FAM menjadi rebutan empat tokoh terkemuka iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat dan Tunku Ismail sendiri.

Senarai akhir calon akan dibentangkan kepada EXCO FAM pada 20 Februari bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan untuk penggal 2017-2021 yang diadakan pada 25 Mac depan.

Sementara itu, menurut jurucakap kumpulan gabungan itu, Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi, dengan perkembangan terbaru, beliau tidak nampak ada sebarang masalah untuk Tunku Ismail bertanding jawatan berkenaan. 

"Baginda (Sultan Ibrahim) sebenarnya mahu melihat kesungguhan dan sokongan kami terhadap anakandanya untuk bertanding jawatan tersebut dan selepas melihat perkara berkenaan, baginda bersetuju.

"Kami juga anggap dengan keputusan ini, Tunku Ismail telah bersetuju bertanding kerana selama ini baginda sering menyatakan halangan menerima pencalonan itu kerana tidak mendapat perkenan ayahandanya," kata Mohd Yusof.

Mohd Yusof, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka berkata dalam pertemuan itu, Sultan Ibrahim turut menasihati anggota gabungan berkenaan agar tidak meletakkan tempoh tertentu kepada anakandanya untuk membawa pembaharuan dalam FAM.

"Baginda cuma mahu Tunku Ismail diberi masa membina semula organisasi tersebut dan nampaknya usaha kita selama beberapa bulan ini untuk melihat Tunku Ismail menerajui FAM kian menjadi kenyataan," katanya.

Wakil persatuan negeri yang hadir terdiri dari Melaka, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Perlis, Felda, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, wakil Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Persatuan Bola Sepak India Malaysia dan Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia manakala enam persatuan iaitu Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perak dan Pulau Pinang tidak hadir.


Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail , Sultan Ibrahim , TMJ , FAM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan