Piala FA: Sime Darby FC Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 9:04 PM

Pemain pasukan Sime Darby FC, Muhammad Zul Fahmi Awang (kanan) membuat cubaan jaringan sambil dihalang oleh penjaga gol pasukan Shahzan Muda SC, Mohd Wafieyuddin Samsudin (kiri) dalam perlawanan Liga Piala FA 2017, Sime Darby FC menentang Shahzan Muda SC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Isnin. Perlawanan berakhir dengan kemenangan Sime Darby FC 3-0. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby FC melangkah ke pusingan kedua saingan Piala FA 2017 penuh bergaya selepas menewaskan Shahzan Muda FC, 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini Isnin.

Sime Darby membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi Muhammad Zul Fahmi Awang yang mengambil peluang menolak masuk bola hantaran jauh rakan sepasukannya yang gagal dikeluarkan dari kawasan pertahanan oleh penjaga gol Shahzan Muda, Mohd Wafieyuddin Samsudin.

Bersambung babak kedua, Sime Darby berjaya menggandakan jaringan menerusi Dzulfahmi pada minit ke-48 sebelum Saiful Hasnol Mohd Raffi menjaringkan gol ketiga Sime Darby enam minit kemudian, sekali gus mengesahkan tempat Sime Darby di pusingan kedua.

Sementara itu, Jurulatih Sime Darby Ahmad Yusoff menyifatkan perjalanan pasukannya dalam saingan Piala FA masih jauh, tetapi menganggap kemenangan itu sebagai satu permulaan yang baik.

"Ini sebenarnya adalah langkah pertama dan perjalanan kami masih jauh lagi, tetapi dengan kemenangan ini setidaknya memberi satu gambaran yang positif bagi pasukan kami," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Pasukan Sime Darby akan bertemu Kuantan FA pada pusingan kedua yang dijadual berlangsung pada 14 Feb di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Tags / Kata Kunci: Piala FA , pusingan kedua

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan