Annuar Musa Calon Pertama Serah Borang

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menjadi calon pertama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menghantar borang untuk menerima pencalonan merebut kerusi panas badan induk bola sepak negara itu.

Annuar yang kini penasihat Kafa menghantar surat pengesahan menerima pencalonannya kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, tengah Isnin.

"Alhamdulillah. Serah borang menerima pencalonan jawatan presiden FAM, calon pertama atas semangat kesukanan," kata Annuar dalam tulisan terbaru di Facebooknya.

Sementara itu, Hamidin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah menerima borang tersebut dan akan memproses dokumen yang diserahkan Annuar Musa.

"Kita akan membuat pengumuman pada 13 Febuari ini," katanya.

Annuar menyerahkan borang tersebut hanya beberapa jam selepas seorang lagi penyandang jawatan tersebut, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat kebenaran daripada Sultan Johor untuk merebut kerusi panas FAM itu.

Senarai akhir calon akan dibentangkan kepada EXCO FAM pada 20 Februari bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan untuk penggal 2017-2021 yang diadakan pada 25 Mac depan.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , FAM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan