Jesus Bantu Guardiola Raih Tiga Mata Penuh

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 11:26 PM

(Ubah saiz teks)

DUA jaringan bintang muda Manchester City, Gabriel Jesus melegakan pengurusnya, Pep Guardiola untuk mengutip tiga mata penuh ketika menewaskan Swansea City 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Penyerang berusia 19 tahun itu tidak menunggu lama untuk mencetak gol keduanya bersama Manchester City apabila memanfaatkan peluang pada minit ke-11 ekoran situasi kelam kabut di depan pintu gol lawan.

Jaringan tersebut merupakan yang kedua bagi penyerang berusia 19 tahun itu sejak berpindah ke Etihad pada awal musim ini.

Bagaimanapun Manchester City gagal menambah jaringan untuk mengukuhkan kedudukan sehingga minit ke-81, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol penyamaan Swansea City menerusi Gylfi Sigurdsson.

Ketika perlawanan dilihat seakan berakhir dengan keputusan seri, Jesus sekali lagi menjadi wira Manchester City pada minit ke-93 apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya.

Kemenangan tersebut sekali gus melonjakkan pasukan Guardiola ke tangga ketiga liga dengan 49 mata, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Swansea City pula turun ke tangga 17 liga, hanya satu mata dipisahkan daripada Hull City yang menghuni zon penyingkiran.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Swansea City

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan