Hull City Aibkan Liverpool

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS kecundang pada pusingan keempat Piala FA Sabtu lalu, Liverpool dikejutkan lagi dengan kekalahan 2-0 di tangan Hull City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium KC, awal pagi Ahad.

Kekalahan itu sudah tentu menyukarkan lagi skuad kendalian Jurgen Klopp untuk memburu trofi kemenangan apabila ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Pemain baharu Hull, Alfred N'Diaye muncul wira tuan rumah apabila membuka jaringan pada minit ke-44 selepas penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet gagal menampan keluar bola yang mudah ditolak masuk pemain Senegal itu.

Liverpool kembali menguasai semula permainan selepas rehat tetapi Philippe Coutinho mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila percubaannya dari jarak dekat tersasar.

Hull yang mendapat sentuhan pengendali baharu Marco Silva, mengesahkan kemenangan milik mereka selepas seorang lagi penyerang Senegal, Oumar Niasse meledak gol kedua hasil gerakan solonya pada minit ke-84.

Tiga mata berharga itu membantu Hull keluar dari kedudukan tercorot ke tangga ke-18.

The Reds masih gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan pembukaan liga musim ini.

Ia adalah prestasi terburuk pernah dilakar kelab itu sejak tahun 1954 di mana mereka gagal menang dalam 10 perlawanan awal.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Liga Perdana Inggeris , Hull City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan