Duka Burkina Faso Terubat, Raih Pingat Gangsa

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

ALAIN Traore muncul penyelamat Burkina Faso apabila bijak menyempurnakan sepakan percuma untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Ghana 1-0, dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi Ahad.

Gol minit ke-89 itu sudah cukup untuk mengubat kekecewaan Burkina Faso selepas gagal melangkah ke aksi final Khamis lalu.

Burkina Faso tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Mesir dalam aksi separuh akhir tetapi kekecewaan itu berjaya dirawat dengan kemenangan pingat gangsa tersebut.

Traore melakukan sepakan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan ketika perlawanan berbaki seminit.

Burkina Faso nyaris mendahului Ghana seawal 30 saat perlawanan berlangsung tetapi Jordan Ayew terlepas peluang yang cukup baik untuk menggegar gawang.

Malah peluang sama yang hadir turut gagal disempurnakan Edward Agyemang Badu selepas itu.

Pemain remajanya, Bernard Tekpetey juga mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan pada separuh masa pertama ketika berlaku perebutan di depan pintu gol tetapi percubaannya terkena palang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan