United Sedia Jual Tiga Pemain Bintang Demi Griezmann

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho dilapor sedia menjual tiga bintang Manchester United pada hujung musim ini untuk membeli pemain buruannya, Antoine Griezmann.

Antara tiga nama yang disebut untuk dijual termasuk Wayne Rooney, Anthony Martial dan Marouane Fellaine.

Rooney berulang kali dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China sejak dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan di bawah rejim Mourinho.

Manakala Martial yang gagal mengukuhkan tempat kesebelasan utama, turut berpontensi dijual pada hujung musim ini.

Griezmann yang dianggarkan bernilai 85 juta pound (RM474 juta) dilaporkan bersetuju untuk menyertai Red Devils pada musim depan.

Pemain kelahiran Perancis itu sudah menjaringkan 16 gol dalam 33 perlawanan, sekali gus dianggap sebagai pemain ideal untuk memantapkan posisi tengah Manchester United.

United yang kini menghuni tangga keenam liga, akan berkunjung ke Leicester City pada Ahad untuk membur tiga mata bagi merapatkan jurang slot Liga Juara-Juara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan