Ken Ilso Larsen Hasilkan Gol Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 11:42 PM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe berharap jaringan pertama penyerang import skuad hijau kuning, Ken Ilso Larsen mampu menjadi permulaan yang baik untuk pemain berkenaan terus menghasilkan gol selepas ini.

Ken Ilso berjaya menghasilkan gol tunggal buat pasukan Kedah yang seri 1-1 ketika menentang Felda United dalam saingan Liga Super di Jengka, Pahang pada Sabtu malam.

Cheng Hoe memberitahu, walaupun penyerang kelahiran Denmark itu mempunyai peluang untuk menghasilkan lebih gol namun pertahanan lawan turut mempamerkan yang terbaik dalam perlawanan itu.

"Penyerang kita, Ken Ilso berjaya menghasilkan gol pertamanya pada malam ini dan saya berharap ia akan menjadi permulaan yang baik untuk dia.

"Kita juga harap dia akan terus menjaringkan gol selepas ini. Walaupun mendapat banyak peluang tapi dalam bola sepak, tuah juga memainkan peranan penting," jelasnya.

Dalam perlawanan itu, Kedah berjaya berada di depan menerusi gol Ken Ilso pada babak pertama, namun Felda yang mahu bangkit daripada kekalahan turut tidak mudah menyerah kalah.

Hasilnya, pada babak kedua Muhd Hadin Azman berjaya menyamakan kedudukan apabila mudah menolak masukan bola ke dalam gawang selepas berjaya menewaskan penjaga gol Kedah.

Kedua-dua pasukan yang terus memburu gol sehingga akhir permainan bagaimanapun gagal mengubah kedudukan 1-1.

Menurut Cheng Hoe, beliau turut berpuas hati dengan aksi keseluruhan barisan pemain Kedah yang berjaya bermain dalam tempo yang tinggi seperti dipamerkan lawan.

Katanya, Felda United telah mempamerkan permainan yang baik untuk mendapatkan kemenangan dan pemain Kedah telah menafikan usaha mereka untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan