Mesir Sekat Kemaraan Burkina Faso Dengan Menang Penalti - Bola Sepak | mStar

Mesir Sekat Kemaraan Burkina Faso Dengan Menang Penalti

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 7:53 AM

(Ubah saiz teks)

ESSAM El Hadary muncul wira Mesir apabila penjaga gol veteran itu menyelamatkan dua sepakan penalti untuk menafikan peluang Burkina Faso pada aksi penentuan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika di Stadium de l'Amitié, awal pagi Khamis.

Mesir membuka jaringan pertama menerusi Mohamed Salah pada minit ke-66.

Namun Burkina Faso terus menghidupkan peluang untuk mara ke final apabila Aristide Bance menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

Kedua-dua pasukan gagal menggandakan jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Ia ternyata malam penuh mengecewakan buat Burkina Faso selepas mendominasi keseluruhan perlawanan apabila El Hadary, 44, menyelamatkan dua sepakan penalti pasukan itu.

Kekalahan itu menyebabkan penjaga gol Burkina Faso, Kouakou Koffi, 24, gagal menahan sebak sejurus tamat perlawanan.

Mesir pula terus memburu peluang trofi kemenangan kali kelapan dalam penampilan kesembilan mereka di final.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan