Messi, Suarez Suntik Semangat Barca Atasi Atletico

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 7:31 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA kini mempunyai kelebihan untuk aksi timbal balik separuh akhir Copa del Rey menentang Atletico Madrid di Camp Nou selepas menang 2-1 di Stadium Vicente Calderon, awal pagi Khamis.

Gawang anak buah Diego Simenone berjaya dibolosi seawal minit ketujuh apabila Luis Suarez merembat masuk hantaran kemas Miguel Angel Moya.

Benteng pertahanan Atletico terus diuji apabila Lionel Messi menjaringkan gol kedua Barcelona pada minit ke-33.

Barcelona kekal mendahului aksi babak pertama apabila pasukan tuan rumah gagal membolosi tembok pertahanan lawan.

Kehadiran Fernando Torres pada babak kedua ternyata menyuntik semangat Atletico dengan Antoine Griezmann bangkit merapatkan kedudukan apabila menjaringkan gol pada minit ke-59.

Torres terus memberi tekanan kepada Barcelona apabila memaksa penjaga gol, Jasper Cillessen lebih berhati-hati dan pantas melakukan beberapa penyelamatan.

Dengan kekalahan itu, Atletico perlu menggandakan usaha ketika berkunjung ke Camp Nou pada aksi separuh akhir kedua, minggu depan.






Tags / Kata Kunci: Barcelona , Atletico Madrid , Copa del Rey

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan