Persiapan Futsal Wanita Tidak Terjejas - Chun Yong

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong yakin penarikan diri dua jurulatih utama skuad wanita tidak terjejas dalam persiapan menjelang Sukan SEA yang bermula Ogos ini.

Chun Yong yang juga jurulatih kepada skuad lelaki memberitahu, persiapan skuad wanita berjalan lancar dan tugas pengurusan kini di bawah bekas kapten pasukan futsal kebangsaan, Muizzudin Haris.

"Muizzuddin sebelum ini melaksanakan tugas sebagai pembantu dan tidak timbul apa-apa masalah melibatkan soal latihan walaupun dua jurulatih utama meletak jawatan.

"Ia tidak mengganggu fokus pemain-pemain malah prestasi mereka juga bertambah baik sepanjang sesi latihan di Shah Alam, " jelasnya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Menurut bekas pengendali skuad wanita itu, dalam tempoh terdekat posisi dua jurulatih utama akan diisi dan diumumkan secepat mungkin.

"Mungkin minggu depan selepas mesyuarat pengurusan, kami akan umumkan jurulatih baharu. 

"Muizzudin juga merupakan salah seorang calon bagi memikul tugas ini. Apa pun pengumuman rasmi akan dibuat sebaik secepat mungkin," jelasnya.

Pada Rabu,  jurulatih Fairuz Mohd Noor, dan penolongnya, Ruzaley Abdul Aziz menarik diri daripada menguruskan skuad wanita kebangsaan berkaitan dengan tempoh kontrak yang singkat.

Skuad futsal wanita mula menjalani latihan fasa ketiga sejak Disember lalu sebagai persiapan memburu pingat di temasya Sukan SEA.

Tags / Kata Kunci: Chiew Chun Yong , Muizzudin Haris , Sukan SEA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan