Conte Mula Intai Pemain Baharu Musim Depan

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mula mengintai muka-muka baharu untuk skuadnya biarpun jendela perpindahan pemain telah berakhir pada 31 Januari lalu.

Biarpun masih berbaki beberapa bulan lagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, Conte tidak membuang masa untuk mengintai pemain-pemain baharu bagi memantapkan lagi skuad The Blues.

Virgil van Dijk, Alvaro Morata dan Moussa Dembele menjadi sasaran utama perpindahan pemain pada penghujung musim ini.

Van Dijk menjadi perhatian Conte untuk barisan pemain Chelsea musim depan.



Jendela perpindahan pemain yang berakhir dua hari lalu menyaksikan Chelsea tidak berminat membeli mana-mana pemain sekaligus digambarkan situasi yang jarang berlaku dalam sesebuah kelab besar liga.

Malah ia menggambarkan Conte begiu yakin dengan skuad yang ada dalam saingan merebut trofi Liga Perdana musim ini.

Namun, pengendali kelahiran Itali berusia 47 tahun itu terpaksa mengintai pemain lain apabila Branislav Ivanovic, John  Obi Mikel dan Oscar yang tidak lagi berada di Stamford Bridge musim depan.

Sementara itu, Van Dijk menjadi pilihan Conte untuk diletakkan di bahagian pertahanan dan dia percaya pemain Southampton itu mampu mencapai kehendaknya.

Dalam masa sama, Conte turut memantau pemain lain seperti Kurt Zouma, Nathan Ake dari Bournemouth serta Andreas Christensen secara pinjaman dari Borussia Monchengladbach.

Chelsea kini menguasai kedudukan liga perdana dengan mengumpul 56 mata, kelebihan sembilan mata daripada Tottenham Hotspur yang berada di tangga kedua.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan