JDT Layak Ke Pusingan Kelayakan Akhir Liga Juara-Juara Asia

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 8:43 AM

-foto FB Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menang tipis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani, malam Selasa.

Perlawanan berkenaan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, termasuk ketika masa tambahan 30 minit.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sehingga tamat 90 minit permainan sehingga ia dilanjutkan ke masa tambahan.

Kapten JDT, Safiq Rahim membuka tirai jaringan pada minit ke-108 sebelum pemain gantian, Jaycee John Okwunwanne menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan.

Terdahulu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain importnya dari Argentina, Jeronimo Barrales dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas mengasari pemain tuan rumah pada minit ke-110.

Cabaran sebenar menanti JDT apabila dijadual menentang kelab Liga Jepun, Gamba Osaka pada aksi pusingan kelayakan akhir di Stadium Suita City, Osaka, Jepun pada 7 Februari ini.

Sekiranya menang, skuad Harimau Selatan akan beraksi dalam Kumpulan H ACL bersama tiga pasukan lain - Adelaide United dari Australia, Jiangsu Suning (China) dan Jeju United dari Korea Selatan.


JDT akan turun semula beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekiranya tewas kepada Gamba Osaka.

Tags / Kata Kunci: JDT , Liga Juara-Juara Asia , Bangkok United

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan