Diego Costa Gagal Penalti, Chelsea Seri Dengan Liverpool

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 7:25 AM

Diego Costa

(Ubah saiz teks)

PENDAHULU carta Liga Perdana Inggeris, Chelsea hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertandang ke Stadium Anfield, markas Liverpool, dalam perlawanan awal pagi Rabu.

The Blues mempunyai peluang untuk pulang dengan tiga mata penuh, jika penyerangnya Diego Costa berjaya menyumbat masuk sepakan penalti di babak kedua perlawanan.

Dengan keputusan seri ini, kedudukan Chelsea di puncak liga masih tidak berubah, begitu juga Liverpool yang masih berada di posisi keempat dengan 46 mata daripada 23 perlawanan.

Chelsea unggul terlebih dahulu menerusi gol David Luiz pada minit ke-25. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama walaupun Liverpool tampil lebih dominan.

Di babak kedua, Liverpool kembali meneruskan serangan. Setelah beberapa kali menggempur barisan pertahanan Chelsea, The Reds akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi pemain Georginio Wijnaldum.

Peluang Chelsea untuk menang terbuka luas apabila pengadil memberikan hadiah penalti pada minit ke-76. Penalti diberikan karena Costa dilanggar bek Liverpool, Joel Matip di dalam kotak penalti.

Sayangnya sepakannya yang mengarah ke sudut gawang mampu ditepis dengan sempurna oleh Mignolet.
Tags / Kata Kunci: EPL , Diego Costa , penalti

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan