Annuar Persoal Aksi Kelantan-JDT Ditangguh Saat Akhir

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 2:41 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan penangguhan saat akhir aksi Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang djadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Sabtu ini.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memberi penjelasan mengenai peraturan yang membolehkan penangguhan boleh dibuat pada saat akhir.

Katanya, di bawah peraturan sedia ada, penundaan memerlukan permohonan 14 hari lebih awal, malah jika peraturan 14c diguna pakai, notis selama tujuh hari diperlukan.

Sehubungan itu katanya, jadual sedia ada sudah mengambil kira kelayakan JDT untuk berkunjung ke Jepun bagi perlawanan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“JDT hanya perlu berada di Osaka pada 5 Februari (Ahad) dan bukannya 4 Februari (Sabtu). Setiap pasukan pula mempunyai 30 pemain yang boleh digilirkan.

“Faktor memberi masa rehat untuk JDT boleh difahami tetapi isunya kenapa jadual asal tidak mengambil kira faktor ini?” soal Annuar menerusi kenyataannya di Facebook pada petang Rabu.

Beliau mengulas mengenai pertembungan Kelantan dan JDT yang dijadualkan Sabtu ini, ditunda bagi memberi laluan kepada JDT untuk menumpukan kempen pusingan ketiga ACL. 

Kafa bagaimanapun akur dengan keputusan yang dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu namun tarikh penundaan belum ditetapkan.

Menurut Annuar, pertukaran saat akhir merugikan para penyokong tuan rumah yang mana antara mereka telah mengambil cuti dan membeli tiket penerbangan.

Sehubungan itu, Annuar meminta FMLLP memberi penjelasan supaya mereka tidak dilihat tunduk kepada pihak tertentu tanpa mengambil kira kesan kepada tuan rumah.

“Apa pun kita setuju sesetengah pasukan perlu diberi rehat yang banyak sebelum ke Kota Bharu. Maklumlah Kota Bharu kan? Kan?,” katanya dengan nada menyindir.

Pasukan JDT mara ke pusingan kelayakan akhir ACL selepas menang tipis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Selasa malam.

Sebelum ini, perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Melaka United yang dijadualkan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 21 Januari lalu, ditunda kepada 21 Februari ini, berikutan cuaca buruk.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Liga Super , Kafa , JDT , FMLLP

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan