Liga Super: Perlawanan Kelantan-JDT Sabtu Ini Ditunda

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 2:37 PM

Ismail Md Noor.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu ini, ditunda ke tarikh lain yang akan ditetapkan. 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor berkata, penundaan perlawanan itu berikutan pasukan JDT dijadualkan ke Jepun bagi menghadapi perlawanan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).

"Kami (Kafa) menerima makluman itu daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) hari ini dan bersetuju dengan keputusan menunda perlawanan itu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya di sini seperti dilaporkan Bernama, Rabu. 

Pasukan JDT mara ke pusingan kelayakan akhir ACL selepas menang tipis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Selasa malam.

Sebelum ini, perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Melaka United yang dijadualkan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 21 Jan lepas, ditunda kepada 21 Februari ini, berikutan cuaca buruk.

Tags / Kata Kunci: JDT , Liga Super , Kafa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan