Pemilihan Presiden FAM: Annuar Perlu Tarik Diri

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 4:05 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa perlu menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan penggantungannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berhubung dakwaan salahguna kuasa.

Saranan itu diketengahkan penganalisis dan pengkritik sukan serta bekas pemain kebangsaan yang begitu prihatin dengan masa depan bola sepak negara kerana menganggap Annuar berdepan siasatan kes serius yang sekali gus boleh mencemarkan imej FAM.

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata dakwaan terhadap Annuar adalah satu kes berat yang sewajarnya disiasat secara terperinci.

"Beliau sewajarnya tarik diri, itu lebih elok dan tak perlu tunggu orang ramai desak untuk beliau berbuat demikian.

"Apa yang boleh saya katakan beliau sudah tidak lagi relevan untuk terajui mana-mana persatuan. Integritinya sudah tercemar kerana dakwaan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Menurut Khalid, Annuar juga sebenarnya tidak layak untuk mengisi jawatan tersebut kerana beliau sendiri bermasalah ketika memimpin Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelum ini.

Khalid Ali

"Sudahlah bola sepak negara bermasalah, jadi kita tak mahu ada 'bakal' presiden yang bermasalah juga. Lama kelamaan, kita tak akan capai sasaran untuk memajukan mutu bola sepak negara," katanya.

Beliau berkata, jika bekas Presiden Kafa itu tetap dengan keputusannya untuk bertanding, tindakan tersebut sudah tentu akan memalukan dirinya sendiri.

"Kita tak tahu selepas ini sama ada beliau akan didakwa atau sebaliknya. Siapa tahu mungkin ada kes lain pula yang akan didedahkan. Jadi kita perlu elakkan 'bakal' presiden yang bermasalah," katanya.

Khalid berkata, kerusi FAM perlu diterajui individu berpengalaman luas dalam bola sepak, selain mempunyai latar belakang yang baik dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang cemerlang dalam memimpin mana-mana persatuan.

"Melihat kepada prestasi Kelantan ketika dibawah pimpinan beliau, saya rasa beliau tidak layak untuk menerajui FAM begitu juga dua calon lain. Hanya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memenuhi ciri-ciri pemimpin berkaliber untuk jawatan tersebut," katanya.

Sementara itu, pengkritik dan penganalisis sukan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim turut sependapat dengan Khalid apabila menganggap Annuar perlu mengundur diri kerana mempunyai 'rekod buruk' dalam memimpin sesebuah institusi.

Khoo Kay Kim.

"Dia perlu tarik diri ekoran skandal penyelewengan wang Mara berkaitan penajaan pasukan bola sepak The Red Warriors (TRW). Pada pendapat saya dakwaan itu amat serius.

"Lagipun saya rasa beliau tidak cukup pengalaman dan kurang berpengetahuan. Jadi tak ada guna kalau menerima jawatan itu kemudian gagal sekali lagi," katanya.

Kay Kim berkata, dakwaan terhadap Annuar dikhuatiri akan memberi kesan kepada FAM sekiranya beliau memenangi jawatan tersebut.

"Bola sepak negara ini sudah begitu tenat. Jadi kita perlukan individu yang benar-benar boleh membantu menyembuhkan penyakit ini. Saya rasa Annuar jangan cubalah," katanya.

Annuar sebelum ini diumumkan antara empat tokoh yang dicalonkan untuk merebut jawatan presiden badan induk itu sekali gus menyaksikan perebutan empat penjuru membabitkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Senarai akhir calon akan diumumkan pada 20 Februari sebelum pemilihan diadakan ketika Kongres Pemilihan FAM kali ke-53, Mac depan.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Presiden FAM , Mara , Kafa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan