Ashley Young Satu-Satunya Pemain Akan Tinggalkan United, Bukan Rooney - Mourinho

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 7:39 AM

Jose Mourinho (kiri) bersama Ashley Young ketika perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris. - fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

PENJARING terbanyak sepanjang zaman Wayne Rooney telah dikaitkan dengan perpindahan ke China, tetapi pengurus Manchester United Jose Mourinho menegaskan bahawa hanya ada seorang pemain yang mungkin akan meninggalkan kelab itu.

Mourinho telah memberi tindak balas kepada spekulasi berhubung masa depan Rooney di United dengan mengumumkan bahawa Ashley Young mungkin meninggalkan Old Trafford sebelum tarikh akhir perpindahan, Selasa.

Rooney, selaku kapten dan penjaring gol terbanyak kelab menjadi bintang terbaharu yang dikaitkan dengan perpindahan bernilai tinggi ke Liga Super China sepanjang hujung minggu ini.

Apabila ditanya mengenai situasi Rooney selepas kemenangan 4-0 United dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA ke atas Wigan Athletic, awal pagi Isnin, Mourinho menyatakan satu-satunya pemain dalam skuadnya yang masa depannya masih di awang-awangan adalah Young.

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai United dari Aston Villa lima setengah tahun lalu.

Mourinho menegaskan hasratnya untuk mengekalkan pemain itu, tetapi menjelaskan dia tidak menyenaraikan Young dalam skuad pada perlawanan menentang Wigan untuk mengelakkan dirinya terikat dengan Piala FA, dengan mencadangkan minat dari kelab-kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris.


"Satu-satunya pemain yang saya sedar kemungkinan dirinya untuk meninggalkan  kelab dan saya menunggu sehingga 31 (tarikh) ini untuk mengetahui apa yang sedang berlaku adalah Ashley Young," katanya.

"Saya suka untuk mengekalkannya, tetapi dia mungkin pergi, sebab itu saya tidak menurunkannya."
Tags / Kata Kunci: Ashley Young , Jose Mourinho , Wayne Rooney

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan