Jawatankuasa Khas Pantau Wabak Denggi Di Bukit Jalil

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 9:45 PM

Ahmad Shapawi Ismail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) merancang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencegah penularan wabak denggi yang semakin membimbangkan di sekitar kawasan Bukit Jalil.  

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, langkah itu merupakan satu usaha bersama antara MSN dan beberapa agensi kerajaan serta swasta dalam mempertingkatkan lagi kawalan wabak berbahaya itu.  

Beliau menjelaskan tugas jawatankuasa khas tersebut lebih tertumpu kepada mengenal pasti dan menghapuskan kawasan yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 

"Sebelum ini kita telah menjalankan langkah kawalan dengan melakukan semburan, kini kita akan memperhebatkan lagi langkah pencegahan iaitu dengan menghapuskan kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat pembiakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkaitan wabak berkenaan yang turut dihadiri wakil daripada Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi swasta.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan seramai dua kakitangan MSN, dua pemain bola sepak dan seorang jurulatih kini dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap demam denggi, namun kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Buat masa sekarang, seramai lima orang yang telah dimasukkan ke hospital dan sedang dirawat, dua daripadanya adalah pegawai MSN, dua lagi merupakan atlet bola sepak daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan seorang jurulatih," jelas beliau.

Shapawi turut menasihatkan semua warga sekitar Bukit Jalil khususnya kakitangan MSN dan atlet untuk segera melakukan pemeriksaan di klinik jika mengalami demam berpanjangan. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan