Mourinho Cabar Martial, Shaw

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mencabar Anthony Martial dan Luke Shaw untuk disenaraikan dalam kesebelasan pemain Manchester United selepas mengesahkan kedua pemain akan beraksi dalam perlawanan menentang Wigan pada Piala FA, Ahad ini.

Kedua-dua pemain berusia 21 tahun itu telah berusaha untuk menambat hati Mourinho sejak mengambil alih tugas Louis Van Gaal.

Hujung minggu lalu, Martial menghabiskan masa di Paris selepas digugurkan dalam perlawanan menentang Stoke.

Pengendali United itu mahu Martial menbuktikan kelebihannya ketika perlawanan dengan Wigan di Old Trafford supaya dia dapat dikekalkan dalam senarai pemain untuk aksi Liga Perdana menentang Hull City pada Rabu.

"Saya tidak menjelaskan kepada pemain kenapa mereka digugurkan.

"Dia akan bermain Ahad ini dan jika aksinya cemerlang dia akan disenaraikan untuk perlawanan menentang Hull City, semudah itu," kata Mourinho yang akan merehatkan penjaga gol, David De Gea.

Bagi Shaw yang baru sahaja pulih daripada kecederaan yang dialami sejak November lalu, dia terpaksa bersabar sehingga Mourinho memberinya peluang untuk beraksi.

Shaw akhirnya akan diturunkan ketika United berdepan Wigan dan seterusnya dengan Hull City pada Rabu.

United akan berdepan Southampton di final Piala Liga Inggeris di Wembley pada 26 Februari nanti, bagaimanapun Mourinho menganggap pasukannya itu bukan pilihan untuk menjuarai piala itu.

“Saya fikir kami bukan calon layak untuk menang bahkan kami bukan pilihan untuk menang ke atas mana-mana pasukan.

“Saya lihat perlawanan di Wembley nanti sukar, namun kami tiada masalah untuk menentang sesiapapun. Kalah atau menang itu cerita lain,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan final kali kesembilan bagi United di Piala Liga Inggeris.

Tags / Kata Kunci: Martial , Shaw , United

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan