Liga Super: JDT Bangkit Benam Felda United Di Larkin

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 7:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Felda United FC (FUFC) 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat malam.

Namun kemenangan itu belum cukup untuk mereka melonjak ke persada liga selepas Pahang memintas atas perbezaan gol berikutan kemenangan besar 5-0 ke atas T-Team walaupun terikat empat mata bersama tiga pasukan lain.

Bekas pemain JDT, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan skuad 'The Fighters' di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-22, namun pasukan Harimau Selatan itu hanya memerlukan empat minit bagi menyamakan kedudukan menerusi tandukan Mohd Fadhli Mohd Shas.

Juara Liga Super tiga kali berturut-turut itu, mengambil kelebihan bermain menentang 10 pemain lawan apabila dua tonggak import dari Argentina, Gonzalo Gabriel Cabrera dan Brian Federico Ferreira masing-masing meledak gol pada minit ke-61 dan 64.

Terdahulu pada minit ke-58, pengadil Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada pemain FUFC, Hasnizaidi Jamian yang menerima kad kuning kedua kerana mengasari Muhd Safawi Rasid.

Juara Piala Sultan Ahmad Shah, Kedah, turut bangkit daripada ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama untuk menang 3-2 ke atas Sarawak menerusi dua jaringan dalam masa satu minit di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pelawat membuka jaringan menerusi pemain import dari Filipina, Mark Andrew Hartmann seawal minit kesembilan sebelum kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan pada minit ke-21.

Namun Tommy Mawat kembali meletakkan skuad Bujang Senang di hadapan lima minit kemudian sebelum pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-70 dan Mohd Syazwan Zainon mengesahkan kemenangan skuad Lang Merah seminit kemudian.

Pahang pula berpesta gol ke atas T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan menerusi jaringan Sumareh Mohamadou pada minit ke-13, Matheus Alves Leandro (m54 dan 74), Jaewon Heo (m64) dan Chinedu Bright Ezendu (m84).

Sementara itu, Selangor terpaksa berhempas-pulas menentang juara Liga Perdana 2016, Melaka United sebelum terikat 1-1 untuk mengutip satu mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pelawat mengejutkan skuad Gergasi Merah menerusi jaringan Muhammad Khairu Azrin Khazali pada minit ke-69 sebelum pemain import dari Brazil, Victor Astafei menyamakan kedudukan pada minit ke-81.

Terdahulu di Stadium Shah Alam, Kelantan membenam PKNS FC 3-1, dengan penyerang importnya dari Lebanon, Mohammed Mahmoud Ghaddar muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol pada minit ke-19 sebelum menyempurnakan penalti pada minit ke-22.

Skuad Semut Merah itu kemudian membalas jaringan menerusi kapten pasukan, Gonzalo Manuel Soto pada saat-saat akhir babak pertama tetapi jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-48 mengesahkan tiga mata kepada skuad The Red Warriors itu.

Pulau Pinang pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Perak menerusi jaringan Shahrul Mohd Saad pada minit ke-78 di Stadium Negeri, Batu Kawan.

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Felda United , JDT

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan