Liga Super: Tok Gajah Enggan Selesa Benam T-Team 5-0

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 2:32 PM

Pemain Pahang Matheus Alves Leandro diasak pertahanan T-Team pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur Jumaat malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kejayaan Pahang menumbangkan T-Team dengan jaringan besar di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi bukan tiket buat skuad Tok Gajah untuk berasa selesa dan mendabik dada dalam mengharungi perlawanan Liga Super musim ini.

Pengendalinya Dollah Salleh berkata meskipun para pemain telah mempamerkan prestasi amat baik 5-0 ke atas T-Team, namun keupayaan anak buahnya masih belum teruji sepenuhnya selagi tidak bertemu pasukan elit.

"Persembahan Pahang adalah membanggakan dan ia lebih baik berbanding pertemuan dengan Perak sebelum ini.

"Namun, selagi Pahang tidak bertemu pasukan hebat seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah dan Selangor, kita tidak dapat menilai kekuatan kita yang sebenar," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan berkenaan.

Dollah berkata beliau secara keseluruhannya gembira kerana lima jaringan itu melangkaui tiga gol yang disasarkan, yang menurutnya ia hasil keserasian dicapai antara pemain import dengan pemain tempatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pahang , T-Team , Liga Super

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan