Liga Super: Cheng Hoe Terima Hadiah Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 2:44 PM

Pemain pasukan Kedah Sandro Da Silva (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya pada perlawanan Liga Super 2017 antara Kedah menentang Sarawak di Stadium Darul Aman pada Jumaat malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SYAZWAN Zainon muncul wira skuad hijau kuning apabila berjaya menyumbat gol kemenangan buat Kedah ketika menentang Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat malam.

Gol oleh pemain skuad Harimau Malaysia itu dihasilkan pada minit ke-72 selepas mendapat umpanan Liridon Krasniqi.

Sebelum itu gelanggan keramat tuan rumah yang dibanjiri lautan hijau kuning terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan pasukan pelawat pada minit kesembilan.

Jaringan pembukaan itu terhasil selepas Sarawak dihadiahkan sepakan percuma diluar kotak penalti dan tendangan berkenaan mudah disudahkan oleh Mark Andrew Hartamann untuk memastikan tuan rumah ketinggalan 0-1.

Kedah yang mendapat suntikan semangat hampir 30,000 penyokongnya bagaimanapun tidak mudah menyerah kalah apabila bangkit mendapat gol penyamaan.

Baddrol Bakhtiar membuktikan pengalaman yang ada padanya mampu mengubah keputusan semasa selepas melakukan rembatan mengelirukan dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Sarawak, Mohd Shahril Saari pada minit ke-21.

Ketika Kedah terus memberi tekanan kepada lawan bagi memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah Sarawak pula bijak menggunakan peluang untuk kembali berada di depan.

Hasilnya Tommy Mawat mudah menolak masuk bola cubaan rakannya yang terkena tiang untuk menjadi kedudukan 2-1.

Perlawanan yang bersambung pada babak kedua menyaksikan Kedah belum bersedia untuk tewas dengan terus mengasak kubu lawan bagi mendapatkan gol penyamaan.

Pada minit ke-70, Stadium Darul Aman kembali bergema dengan laungan gol apabila Sandro Da Silva berjaya menyudahkan hantaran Liridon.

Ketika kegembiraan penyokong Kedah belum sempat reda, Syazwan memberikan hadiah Tahun Baru Cina bermakna kepada ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe dengan memastikan Kedah mengutip tiga mata untuk perlawanan kedua Liga Malaysia musim ini.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Tan Cheng Hoe

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan