Lemah Bahagian Tengah Punca Tewas - Elavarasan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 10:49 PM

Pemain-pemain Kelantan meraikan jaringan gol ketika aksi bertemu PKNS pada Jumaat. Foto: FAIHAN GHANI/The Star

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua jurulatih PKNS FC, E. Elavarasan mengakui kelemahan barisan tengah pasukannya sebagai punca kekalahan 1-3 kepada Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, petang Jumaat.

Beliau berkata skuad Semut Merah itu menampilkan prestasi yang cukup baikpada 10 minit pertama permainan, namun menjadi kelam-kabut selepas itu sehingga mudah dibolosi lawan. 

"Persembahan keseluruhan pemain kurang baik. Jentera tengah tak cukup baik kali ini, kena perbaiki. Mereka kurang mengumpan bola kepada penyerang," kata jurulatih berusia 52 tahun itu kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Ia merupakan kekalahan kedua skuad itu selepas tewas tipis 0-1 kepada naibjuara liga musim lalu, Felda United FC pada aksi pertama di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka minggu lalu.

Terdahulu, penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar muncul wira skuad The Red Warriors apabila menjaringkan gol pada minit ke-19 sebelum menyempurnakan penalti, tiga minit selepas itu.

Pengadil, Khirulazuan Kidam memberikan penalti kepada pasukan pelawat apabila pemain pertahanan PKNS FC, Mohamad Azmi Muslim mengasari penyerang import dari Brazil, Alessandro Celin.

Tuan rumah kemudian membalas jaringan menerusi kapten pasukan, Gonzalo Manuel Soto pada saat-saat akhir babak pertama tetapi jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-48 mengesahkan tiga mata untuk Kelantan. 

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail, berkata beliau berpuas hati dengan kemampuan pasukannnya mengutip tiga mata dalam perlawanan sulung mereka, selepas aksi menentang Melaka United, Sabtu lalu ditunda berikutan cuaca buruk. 

Katanya, perlawanan kali ini juga  menjadi motivasi bagi pihaknya untuk bertemu juara Liga Super sebanyak tiga kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim(JDT) pada 4 Februari depan. 

"Pasukan kami mempamerkan prestasi baik biarpun baru sebulan diwujudkan. Apa yang perlu diperbaiki ialah keserasian di antara pemain," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kelantan , PKNS , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan