Pogba Bantu United Ke Final Piala Liga

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 7:14 AM

Pobga (jersi putih) menjaringkan gol penyamaan dalam aksi Piala Liga Inggeris ketika menentang Hull City pada 26 Januari 2017. - AP

(Ubah saiz teks)

GOL pemain termahal dunia, Paul Pogba sudah cukup untuk membawa Manchester United ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) meskipun tewas 1-2 kepada Hull City pada aksi separuh akhir kedua awal pagi Jumaat.

United layak dengan agregat 3-2, sekali gus bertemu Southampton yang menewaskan Liverpool di pAnfield sehari sebelum itu.

Skuad kendalian Jose Mourinho terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Tom Huddlestone pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti selepas Marcus Rojo mengasari H. Maguire.

Tersentak dengan jaringan itu, United menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan tetapi corak permainan yang kurang kemas ternyata gagal membuka peluang yang lebih baik.

Penyokong United terpaksa menunggu minit ke-66 untuk menarik nafas lega apabila Pogba mempamerkan kualitinya sebagai bintang termahal dunia dengan menyumbat masuk gol penyamaan hasil gerakan cantik antara Marcus Rashford dan Zlatan Ibrahimovic.

Namun lima minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat, Hull sekali lagi di depan menerusi jaringan Niasse pada minit ke-85.

United yang membawa bekalan selesa 2-0 selepaa aksi separuh akhir pertama pada minggu lepas, berjaya mengekalkan kedudukan agregat 3-2 sehingga tama permainan untuk mara ke final.

Bagaimanapun, kekalahan itu meleburkan rekod tanpa kalah United dalam 17 perlawanan di semua peringkat kejohanan.

United akan bertemu Southampton di Wembley pada bulan depan.


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Hull City , Paul Pogba

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan