Larangan Bawa Kuaci Di Stadium Darul Aman

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kuaci tidak lagi dibenarkan dibawa masuk ke Stadium Darul Aman pada aksi Liga Malaysia (L-M) musim 2017.

Larangan itu turut dipersetujui Timbalan Pengerusi Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK), Datuk Aminudin Omar yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook KedahFA pada Jumaat, larangan itu berkuatkuasa musim ini bagi memastikan stadium kekal dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.

"Setelah mendapat persetujuan lembaga mesyuarat PSNK, pihak PSNK telah memutuskan supaya makanan ringan kuaci tidak dibenarkan dibawa masuk ke Stadium Darul Aman bagi semua perlawanan musim ini.

"Ia bagi memastikan stadium sentiasa bersih bersempena Jubli Emas Stadium Darulaman 1967-2017 dan selaras dengan Enakmen Perbadanan Stadium Negeri Tahun 1971 iaitu melalui peruntukan penguatkuasaan peraturan di bawah peruntukan seksyen 14(f) Enakmen Perbadanan Stadium Negeri tahun 1971," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, antara rasional langkah itu dibuat adalah kerana sampah buangan kulit kuaci yang mereput di bawah kerusi terutamanya kawasan terbuka menyebabkan kotoran yang susah untuk dibersihkan.

Larangan tersebut bukanlah pertama kali dilaksanakan di Malaysia tetapi turut dikuatkuasakan di beberapa stadium lain seperti di Melaka dan juga stadium utama di luar negara.

Stadium Darul Aman adalah antara stadium berkapasiti tinggi dan penuh bersejarah di Malaysia.

Dari reka bentuk asal sehinggalah hari ini dengan kemampuan menampung 30,000 penyokong, evolusi Stadium Darul Aman amatlah nostalgia kepada peminat bola sepak Kedah.

Sementara itu, PSNK dipertanggungjawabkan untuk menyelia semua kemudahan stadium-stadium di negeri itu dan sentiasa memastikan kemudahan ini di tahap terbaik.


Tags / Kata Kunci: Stadium Darul Aman , KFA , kuaci

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan