KL Rampas Tangga Teratas Liga Perdana

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Kuala Lumpur merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada Khamis.

Namun, kedudukan itu mungkin berubah selepas beberapa perlawanan liga yang ditunda berikutan cuaca buruk sejak minggu lepas, berlangsung semula.

Pada aksi hari ini, pasukan tuan rumah Sabah bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi pemain importnya dari Crotia, Igor Cerina pada minit ke-19.

Bagaimanapun, skuad 'The City Boys' tidak berputus asa apabila pemain importnya, Nicolas Alejandro dan Guilherme de Paula Lucrecio, masing-masing meledak gol pada minit ke-29 dan 88 untuk kemenangan kedua berturut-turut pasukan berkenaan.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat kemenangan 3-2 ke atas pendatang baharu, MISC-MIFA untuk menduduki tempat kedua carta.

Skuad 'The Gladiators' membuka jaringan seawal minit kelapan menerusi pemain importnya, Pavel Smolyachenko sebelum Bae Beom Geun menyumbat masuk gol pada minit ke-60 dan Venice Elphi (minit ke-79), manakala gol tuan rumah menerusi tonggak importnya, Michael Chukwubunna pada minit ke-37 dan Alan Aciar pada minit ke-88.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan seketika oleh pengadil perlawanan, Ismail Asib pada minit ke-15 akibat hujan lebat dan petir.

Sementara itu, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada Kuala Lumpur minggu lepas, untuk membenam Perlis 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Penyerang import dari Argentina, Gabriel Guerra muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-14, 51 dan 71, manakala rakan senegaranya, Nicholas Fernandez menyumbat masuk gol pada minit ke-63.

Di Stadium Perak, Ipoh, dua jaringan pemain import dari Brazil, Gilberto Valdenesio pada minit ke-46 dan 55 membantu PKNP FC menewaskan Kuantan FA 2-0, sekaligus meraih tiga mata pertama pasukan berkenaan.

Dalam pada itu, pegawai perlawanan antara UiTM FC dan Negeri Sembilan di Stadium UiTM, Shah Alam, Ab Wahid Ab Hamid mengambil keputusan menunda perlawanan itu ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak sesuai untuk meneruskan perlawanan.

Terdahulu, Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi penyerang import baharunya dari Brazil, Bruno Junichi Suzuki pada minit ke-31 sebelum perlawanan dihentikan seminit kemudian berikutan hujan lebat dan petir.

Dalam pada itu, dua pasukan Liga Super 2016 yang tersingkir ke Liga Perdana musim ini, Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertemu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat.

Pasukan UiTM FC masih belum melengkapkan satu perlawanan ekoran aksi liga pertama pasukan itu menentang Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Jumaat lepas, juga terpaksa ditunda berikutan cuaca buruk. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kuala Lumpur , Liga Perdana

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan