Manchester United Tidak Kalah - Mourinho

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 7:48 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho menyifatkan pasukannya 'tidak tewas' walaupun kalah 1-2 kepada Hull City dalam aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) pada awal pagi Jumaat.

Meskipun kalah, United tetap mara ke perlawanan akhir dengan agregat 3-2 selepas membawa kelebihan dua gol ketia menang di Old Trafford pada minggu lalu, sekali gus akan bertemu Southampton di Wembley pada 26 Februari depan.

Mourinho secara sinis mempertikai keputusan kontroversi pengadil perlawanan, Jon Moss menghadiahkan sepakan penalti kepada Hull City pada separuh masa pertama yang menyaksikan Tom Huddlestone meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.

"Kami tidak kalah. Keputusan perlawanan adalah 1-1. Saya hanya melihat dua gol sahaja dijaringkan.

"Kami menguasai perlawanan itu sebelum sesuatu berlaku (keputusan pengadil) yang membuatkan aksi yang lebih terbuka," katanya.

Ditanya tentang keputusan Moss memberikan penalti kepada Hull City, Mourinho berkata:

"Saya tidak mahu bercakap tentang penalti.

"Saya hanya mahu mengucapkan tahniah kepada pemain kerana berjaya mengharungi laluan sukar untuk melangkah ke perlawanan akhir.

"Saya tidak mahu bercakap lagi (tentang keputusan pengadil).

"Saya lebih tenang dan terkawal di luar padang. Tiada lagi hukuman, jadi cukuplah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan