Barcaleno Belasah Real Sociedad, Mara Ke Separuh Akhir Copa Del Rey - Bola Sepak | mStar

Barcaleno Belasah Real Sociedad, Mara Ke Separuh Akhir Copa Del Rey

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 7:33 AM

TURAN meraikan gol bersama rakan pasukan selepas menjaringkan gol keempat Barcelona ketika menewaskan Real Sociedad dalam aksi Cop del Rey di Nou Camp pada 26 Januari 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

BARCELONA tidak berdepan masalah besar untuk mara ke pusingan separuh akhir Copa del Rey apabila mudah menundukkan Real Sociedad dengan kemenangan 5-2 pada aksi kedua suku akhir, awal pagi Jumaat.

Secara agregat, Barcelona layak dengan kemenangan 6-2 selepas menewaskan Real Sociedad 1-0 pada perlawanan pertama.

Dalam aksi yang berlangsung di Nou Camp, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol Denis Suarez pada minit ke 17.

Aksi babak kedua lebih rancak apabila Barcelona menggandakan kelebihan gol dengan menerusi jaringan penalti Messi pada minit ke-55.

Walaupun Real Sociedad cuba bangkit dengan jaringan Juanmi pada minit ke-62 tetapi Barcelona kembali menjarakkan kelebihan tiga gol menerusi jaringan Luis Suarez selang seminit kemudian.

Pasukan pelawat tidak berputus asa untuk merapatkan jurang apabila pada minit ke-73, Willian Jose menjaringkan gol kedua buat Real Sociedad untuk menjadikan kedudukan 2-3.

Bagaimanapun dua jaringan Arda Turan dan Denis Suarez masing-masing pada minit ke-80 dan 82, ternyata melengkapkan malam gemilang buat Barcelona untuk mara ke pusingan seterusnya.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Copa Del Rey

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan