Saya Tidak Taksub Untuk Bertanding - Yusof

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata beliau tidak taksub atau bernafsu besar untuk bertanding jawatan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun sedia menggalas tugas itu sekiranya diberi peluang.

Beliau berkata beliau mendapat pencalonan daripada beberapa persatuan bola sepak negeri, bagaimanapun beliau mahu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan terdekat dan calon lain terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada fmahu bertanding atau tidak.

"Kita ada masa lagi. Pencalonan bagi jawatan timbalan presiden FAM terdiri daripada mereka yang hebat dan berpengaruh dalam bola sepak negara," katanya kepada Bernama.

Dilaporkan sebelum ini calon bagi jawatan tersebut bakal menerima borang pengesahan pencalonan daripada Sekretariat FAM dan mereka perlu membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum 13 Februari depan. 

Senarai akhir calon akan dibentangkan dalam Mesyuarat Exco FAM terlebih dahulu selepas diumumkan pada 20 Februari.

Mohd Yusoff yang juga Pengurus Melaka United mendapat perhatian industri bola sepak negara selepas berjaya membawa pasukan Hang Tuah menjuarai Liga FAM pada 2015 dan kemudian merangkul gelaran Liga Premier 2016. 

Kejayaan yang dicapai Melaka United itu sekali gus menamatkan kemarau trofi selama 33 tahun pasukan tersebut.

Dengan merangkul gelaran juara Liga Premier, beliau telah membantu Melaka United kembali bersaing dalam persada Liga Super musim ini.

Pada masa yang sama beliau yang juga Exco FAM turut melahirkan rasa terkejutdengan jumlah pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

"Saya berminat untuk bertanding kerana mendapat pencalonan, namun tidak menjangka terlalu ramai calon yang akan bersaing. Ingatkan setakat empat orang, tapi rupa-rupanya 10 orang calon.

Ini memerlukan perbincangan lebih teliti.

"Jawatan timbalan presiden FAM merupakan orang penting dan tulang belakang yang akan membantu presiden menggerakkan skuad kebangsaan ke peringkat tertinggi," katanya.

Pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 yang dijangka berlangsung pada 25 Mac depan, jawatan berkenaan turut menjadi saingan timbalan presiden sedia ada Datuk Seri Afandi Hamzah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Mohd Hamidin Mohd Amin, Naib Presiden FAM, Datuk Rozabil Abdul Rahman, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal dan lima lagi calon yang nama mereka belum diumumkan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Yusoff mahadi , Melaka United

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan