Ahli Politik Jadi 'Duri Dalam Daging' Jika Terajui FAM

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 3:55 PM

Tunku Ismail jadi pilihan ramai untuk menerajui jawatan Presiden FAM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Rata-rata penyokong bola sepak negara menolak kerusi panas jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diisi individu bergelar ahli politik kerana bimbang mereka boleh jadi 'duri dalam daging'.

Ketua Kelab Penyokong Bola Sepak Melaka United, Hairol Effendi berkata kehadiran ahli politik di dalam FAM dikhuatiri akan memberi kesan terutama dalam soal membuat keputusan.

"Pada pandangan saya, saya lebih suka ahli politik tak masuk dalam arena bola sepak, sebab pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila membabitkan soal buat keputusan.

"Ahli politik ni, orang selalu kata boleh jadi duri dalam daging. Kiita tak tahu apa akan jadi di kemudian hari," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Justeru, beliau berkata kerusi panas itu perlu diterajui individu yang mempunyai selok-belok dan pengalaman luas dalam bola sepak.

Menurut Hairol, individu yang mempunyai kriteria tersebut adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas mengambil kira pembaharuan yang dibawanya ke dalam kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Hairol Effendi.

"Pada pendapat saya, saya pilih TMJ kerana melihat perkembangan dan pembaharuan yang dilakukannya untuk JDT. Suatu ketika dulu Johor kita tengok tak sehebat mana, tapi apabila TMJ ambil alih, ada perubahan yang dibuat sehingga JDT jadi terkenal.

"Malah beliau juga berjaya memacu JDT memenangi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dua tahun lalu," katanya.

Sementara itu,  Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor,  Haniff Rana Manzoor berpendapat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga tidak sesuai untuk mengambil alih jawatan tersebut daripada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jelas Haniff, kehadiran Khairy atau dikenali sebagai KJ dikhuatiri akan menimbulkan masalah kerana kedudukannya di dalam Kementerian Belia dan Sukan.

"Kalau KJ (jadi Presiden), akan jadi masalah kerana kedudukannya dalam kementerian. Saya rasa akan jadi kelam kabut sedikit. Jadi kalau boleh elakkan pemilihan ahli politik," katanya.

Haniff Rana Manzoor.

Beliau juga yakin Tunku Ismail akan membantu mengangkat martabat FAM untuk menjadi sebuah badan pengurusan bola sepak negara yang telus.

"TMJ tunjuk sikap profesional dalam soal mengurus sebuah kelab. Malah sudah terbukti beliau berjaya membawa JDT ke satu tahap yang lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Lembah Klang, Muhammad Faizal Hasbi berkata TMJ merupakan pilihan ramai kerana keupayaannya mencipta sejarah bola sepak negara bersama JDT.

"Empat calon sedia ada memang ada pengaruh dalam bola sepak tapi TMJ masa kita tengok final Piala Sumbangsih, ramai penyokonng nyatakan hasrat supaya beliau ambil alih kerusi Presiden FAM.

"Malah Tan Sri Annuar Musa (bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mencadangkan jawatan itu kepada Tunku Ismail," katanya.

Pada Isnin lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan empat tokoh dicalonkan 20 ahli gabungan untuk merebut jawatan presiden badan induk itu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac depan.

Empat tokoh itu adalah Tunku Ismail, Khairy Jamaluddin, Annuar Musa dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.

Bagaimanapun Hamidin tidak mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima setiap calon.

Menurutnya semua calon perlu mengesahkan sama ada bersedia untuk bertanding sebelum 13 Februari ini.

Katanya, senarai calon akhir akan diumumkan pada 20 Februari ini.

Tags / Kata Kunci: Presiden FAM , TMJ

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan