Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat - Velappan

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 7:08 PM

Khairy Jamaluddin (kiri) dan Tunku Ismail antara individu yang dicalonkan untuk bertanding sebagai Presiden FAM. - GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sememangnya dianggap antara calon paling layak untuk menyelesaikan masalah kepimpinan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan beranggapan kedua-duanya tidak harus bertanding jawatan itu yang kosong selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memutuskan untuk mengundur diri.

Baginya jawatan tertinggi dalam pentadbiran bola sepak itu harus dipegang oleh individu yang mempunyai minat yang tinggi untuk sukan tersebut selain mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan sukan.

"Kita harus kembalikan bola sepak kepada yang sepatutnya iaitu rakyat. Tiada ahli politik, tiada menteri atau kerabat diraja harus menandinginya. Ada ramai di luar sana yang mempunyai minat tinggi yang terlibat dengan bola sepak," katanya kepada Bernama.

Setiausaha Agung AFC ketika ini, Datuk Windsor Paul John pula berpendapat Khairy boleh bertanding selagi statut FAM membenarkan Anggota Parlimen Rembau itu berbuat demikian.

"Dalam kes ini, FAM wajar merujuk kembali statut mereka sama ada membenarkan ahli politik untuk bertanding dalam sebarang jawatan. Seperti saya katakan, pencalonan Khairy masih bergantung kepada Sekretariat FAM yang belum memutuskan senarai akhir calon," katanya.

Beliau juga menegaskan Khairy perlu mendapat kebenaran daripada Kabinet sebelum bertanding jawatan itu selaras dengan peraturan kerajaan.

Sebelum ini, Kabinet melarang semua anggotanya bertanding dalam sebarang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan, kecuali mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Selain Khairy dan Tunku Ismail, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa turut dicalon untuk merebut jawatan itu.

Semua calon itu perlu memberi keputusan sama ada mahu bertanding sebelum tarikh tutup pada 13 Feb dan senarai akhir calon akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco FAM manakala pengumuman kepada media dibuat pada 20 Februari.

Sebagai rekod, bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak Hussein serta bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Tan Sri Hamzah Abu pernah menjadi Presiden FAM.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KJ , TMJ , FAM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan