Wenger Berdepan Hukuman Larangan Masuki Stadium

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 10:06 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger bakal dikenakan hukuman larangan memasuki stadium bagi tempoh yang lama termasuk kemungkinan terlepas aksi menentang Chelsea ekoran kekasaran yang dilakukan pengendali Arsenal itu ke atas pegawai pengadil keempat dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Persatuan Bola Sepak (FA) England mahu tindakan tegas diambil terhadap Wenger susulan kelakuannya menolak pengadil, Anthony Taylor ketika Arsenal menang 2-1 ke atas Burnley pada Ahad.

Pengendali kelahiran Perancis itu mungkin dikenakan hukuman yang lebih berat kerana melakukan 'serangan fizikal' ke atas pegawai perlawanan dan dia boleh dilarang memasuki stadium berbanding penggantungan perlawanan.

Jika disabitkan kesalahan, Wenger boleh dihukum sekurang-kurangnya tiga perlawanan atau lebih, menyebabkan pengurus berusia 67 tahun itu terlepas aksi menentang Southampton untuk perlawanan Piala FA, pertemuan menentang Watford di laman sendiri dan pertembungan getir dengan pendahulu liga, Chelsea pada 4 Februari depan.

Dalam aksi panas pada Ahad lalu, Wenger pada awalnya diarahkan duduk di tempat penonton selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan, Jon Moss.

Kemudian selepas tamat perlawanan, Wenger menunggu Taylor di terowong pemain sebelum menolak pengadil keempat itu.

Bagaimanapun pihak pengurusan Arsenal menafikan Wenger menggunakan kata-kata kesat ke atas Moss yang menghadiahkan dua sepakan penalti pada waktu kecederaan dan melayangkan kad merah kepada pemain The Gunners, Granit Xhaka.

Wenger diberi masa sehingga pukul 6 petang Khamis untuk mengemukakan sebab atas perbuatannya itu tetapi dia dijangka tidak mencabar dakwaan tersebut kerana dia sudah memohon maaf berhubung perkara berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan