Kelantan Terpaksa Berlatih Di KL

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 6:49 PM

Zahasmi Ismail.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keadaan banjir yang belum pulih dan cuaca tidak menentu di negeri ini, memaksa pasukan Kelantan menjalani latihan di Kuala Lumpur sebagai persiapan menghadapi Selangor PKNS pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata pasukan 'The Red Warriors' (TRW), berlepas ke Kuala Lumpur pada Selasa bagi menjalani latihan di padang Pusat Latihan Jeonsa, Kampung Baru.

"Sejak Jumaat lalu, persiapan pasukan (Kelantan) banyak terjejas berikutan banjir dan hujan lebat, padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di sini, yang sebelum ini digunakan untuk berlatih, tidak boleh digunakan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sabtu lepas, perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Melaka United yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, ditunda ke suatu tarikh lain berikutan cuaca buruk.

Zahasmi berkata perlawanan pada Jumaat ini, kemungkinan memberi tekanan kepada pemainnya kerana ia adalah aksi sulung TRW di tempat lawan.

"Kami akan cuba sedaya upaya pada perlawanan pertama kami, kami mahu melihat keserasian pemain terutamanya pemain import," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan