Coutinho, Clyne Terlepas Aksi Getir Piala Liga

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL terpaksa melupakan khidmat dua bintangnya, Philippe Coutinho dan Nathaniel Clyne selepas kedua-dua pemain berkenaan tidak menghadiri sesi latihan menjelang pertemuan getir separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Southampton pada awal pagi Khamis.

Skuad The Reds ketinggalan 0-1 secara agregat selepas tewas pada aksi separuh akhir pertama di Stadium St Mary dan perlu menang pada perlawanan kedua untuk melangkah ke peringkat akhir.

Namun tanpa dua tonggak penting tersebut, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mungkin perlu mengambil risiko dengan menurunkan pemain muda untuk mengisi kekosongan terbabit seperti yang dilakukannya pada aksi separuh akhir pertama.

Coutinho baru pulih daripada kecederaan buku lali selepas tujuh minggu diketepikan manakala Clyne dihimpit kecederaan rusuk.

Perkembangan tersebut ternyata menggusarkan peminat Liverpool yang dahagakan trofi sulung selepas ketandusan piala sejak kali terakhir memenangi Piala Liga pada 2012.

Malah penyokong Liverpool pastinya mahu pasukan kesayangan mereka bangkit selepas dimalukan Swansea di laman sendiri pada pertemuan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu apabila tewas 2-3.

Kekalahan itu juga menyaksikan Liverpool ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea yang kini semakin selesa dengan mengutip 55 mata.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan