Undian Sukar Untuk M'sia Di Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan tugas berat selepas diundi bersama pasukan ranking lebih tinggi di pusingan akhir kelayakan bola sepak Piala Asia 2019 dalam undian yang dibuat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Isnin.

Dalam undian yang dikendalikan Pengarah Eksekutif Bahagian Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shin Man Gil serta disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube AFC, Malaysia diundi dalam Kumpulan B.

Skuad Harimau Malaysia yang menduduki ranking ke-161, diundi bersama Lebanon (148), Hong Kong (140) dan Korea Utara (125).

Perlawanan liga sepusingan peringkat kumpulan akan dilangsungkan dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018 dengan dua pasukan terbaik daripada setiap enam kumpulan akan mara ke pusingan akhir.

Mereka akan menyertai 12 pasukan yang telah melayakkan diri menerusi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 serta pusingan kedua kelayakan Piala Asia.

Negara yang telah layak adalah juara bertahan, Australia, China, Iraq, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand, Uzbekistan dan juga tuan rumah, UAE.

Majlis sama turut memperkenalkan logo rasmi kejohanan yang berbentuk tujuh segi enam yang masing-masing mewakili tujuh negeri dalam UAE yang bersatu sejak 45 tahun lepas.

Sebagai rekod, Malaysia pernah mara ke pusingan akhir Piala Asia sebanyak dua kali iaitu 1976 dan 1980 selain menjadi tuan rumah bersama pada 2007 dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Keputusan undian:

Kumpulan A: Kyrgyzstan, India, Myanmar, Macau

Kumpulan B: Korea Utara, Hong Kong, Lebanon, MALAYSIA

Kumpulan C: Jordan, Vietnam, Afghanistan, Kemboja

Kumpulan D: Oman, Palestin, Maldives, Bhutan

Kumpulan E: Bahrain, Turkmenistan, Taiwan, Singapura

Kumpulan F: Filipina, Tajikistan, Yemen, Nepal.

- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan