Aksi Tewas, Ranieri Salahkan Diri Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 7:08 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Leicester City, Claudio Ranieri mengakui bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 3-0 kepada Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi Isnin.

Nasib malang Leicester musim ini berterusan sekaligus menyamai rekod paling buruk selepas 22 perlawanan sebagai juara bertahan seperti Ipswich pada kempen 1962-63.

Ranieri mendedahkan skuadnya kini hanya berjuang untuk menyelamatkan masa depannya daripada tersingkir.

"Sudah tentu kini kami bersaing untuk mengelak daripada berada di zon penyingkiran. Dan sebab ini jugalah saya mahu mengumpul 40 mata sejak awal musim.

"Lihat, gol kami. Sasaran sebenar adalah 40 mata.

"Sejak awal musim, dan kekal fokus untuk 40 mata. Ia amat penting untuk mencapainya secepat mungkin," jelas Ranieri.

Dalam pada itu, Ranieri menafikan kekalahan itu berpunca daripada pemain-pemain, sebaliknya ia berpunca daripada diri sendiri kerana menukar taktik dari 4-4-2 yang digunakan musim lalu.

"Saya cuba membantu pemain dalam dua perlawanan terakhir, saya tukar taktik bermain formasi normal ketika bertemu Chelsea dengan tiga orang di bahagian belakang dan hari ini dengan corak 'diamond'.

"Dan ianya menyebabkan pemain salah faham.

"Pemain-pemain saya biasa bermain dengan 4-4-2 atau 4-2-3-1, jadi musim ini saya melakukan kesilapan dalam dua perlawanan terakhir ini.

"Dan saya sedari formasi 4-4-2, 4-4-1-1 lebih sesuai dengan keadaan sekarang dan boleh membantu antara satu sama lain," jelasnya.

Leicester kini hanya mengumpul 21 mata daripada 22 perlawanan dan berada di tangga ke-16 liga.

Tags / Kata Kunci: Caludio Ranieri , Leicester City

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan